April 28, 2016

Khutbah Wida' - Khutbah terakhir Rasulullah SAW untuk umat baginda

Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor). Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya. Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah: “Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
  1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
  2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
  3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
  4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
  5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
  6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
  7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
  8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
  9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
  10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
  11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
  12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah-Mu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam. “Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3) Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun Sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis. Sayyidina Umar bertanya apakah sebabnya lalu Sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu Sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

February 28, 2012

kisah kaum Nabi Musa

Ringkasan cerita yang disampaikan oleh ustaz Nizam semasa kelas tajwid hari ini (28/2/2012).


..qirodatan khosiin (merujuk kepada perumpmaan sikap manusia dengan kera-kera).

kaum nabi musa diperintahkan Allah untuk menunaikan solat sekali seminggu sahaja iaiu pada hari sabtu. Sampai satu ketika diuji keimanan mereka oleh Allah dengan mentakdirkan pada hari sabtu ikan di laut begitu banyak. Disebabkan mereka brsembahyang di tepi pantai maka kehadiran ikan-ikan tersebut di laut menghilangkan minat mereka untuk menunaikan solat.

Salah seorang daripada kalangan mereka telah panjang akal membuat laluan parit kecil dari laut menuju ke kawasan solatnya. Dengan itu terdapat ikan-ikan yang masuk ke parit tersebut. semakin banyak ikan yang masuk ke kawasan parit menyebabkan jemaah lain juga turut berminat berbuat kaedah yang sama. mereka tidak lagi mengendahkan khutbah yang disampaikan oleh nabi musa. Semakin lama jemaah yang ada semakin tertumpu kepada menangkap ikan pada setiap kali hari sabtu. Ketamakan dan kealpaan mereka pada perintah Allah, akhirnya Allah menukar hamba-hambanya itu kepada kera.

wallahu'lam....to be continued

January 16, 2011

Amalan pembenteng diri dari SIHIR

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Syeikh Wahid Salam Baly bertajuk " Sihir dan Guna-guna (Cara mencegah dan merawatnya menurut Islam)

1. Memelihara sembahyang berjemaah
2. Menghindari lagu-lagu dan muzik
3. Berwudhuk sebelum tidur dan membaca ayat kursi
4. Membaca basmallah setiap kali memulakan seuatu
5. Membaca zikir berikut selepas solat subuh sebanyak 100 kali
"Lailaha illallahu wahdahula syarikalah, lahulmulku walahulhamdu, wahuwa 'ala
kulli syai in qadir".
6. MESTI membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang-kurangnya
mendengarkannya andainya tidak boleh membaca.
7. Berkawan dengan orang baik-baik.
8. Jangan tinggalkan zikir-zikir pada waktu pagi dan petang.

###

wallahu a'alam

November 12, 2010

Malam pertama...

...di alam kubur

Takdir selalu mengintai di setiap negeri
Takdir pula yang siap menghancurkan setiap hamba
Kau pasti akan melihat nasib sebuah kaum yang kau jumpai
Sebagaimana yang menimpa kaun Tsamud dan 'Ad





Apakah kau ingat apa yang terjadi pada Bani Asfar, ahli bangunan dan penakluk gunung?
Apakah kau ingat apa yang terjadi pada Bani Sasan, yang menjadi benteng yang ganas dan hitam?

Di manakah Daud dan Sulaiman, panglima penghadang pasukan
Di manakah Namrudz dan anaknya?
Di manakah Qarun dan Haman yang mempunyai banyak pasukan?

Semuanya tenggelam dalam pusaran takdir, dan tak pernah muncul kembali

Lupa, ataukah kamu pura-pura lupa terhadap takdir kematian
Apakah kamu lupa terhadap hari perpisahan dengan nak-anak?
Apakah kamu lupa terhadap kubur
Yang akan menjadi tempat tinggalmu, ditemani kehinaan, kengerian dan kesendirian?

Di hari apakah kamu akan dijemput ajal?
Ketika itu kamu dipanggil...dan kamu tak mampu menjawab panggilan

Di hari apakah perpisahan itu terjadi?
Saat seluruh tubuhmu terguncang

Di hari apakah perpisahan itu terjadi?
Saat engkau menghadapi detik-detik kematian dengan susah payah

Di hari apakah jeritan itu?
Ketika wajah yang ceria dan indah kini mengguguk

Mereka menangisi mayatmu dan berdukacita. Dengan hati dan jantung yang berdegup kencang.

Tangis yang nyaring silih berganti. Air mata berlinang deras tiada henti.

Di hari apakah?
Saat kita diam berdiri di hadapan Allah. Saat terjadi perhitungan amal dan persaksian.

Di hari apakah kita nanti akan meniti di atas neraka. Dalam kegoncangan yang hebat dan mha dahsyat.

Di hari apakah kita nanti akan terbebas dari neraka, azab dan belengu?

Berapa...berapa banyak para raja yang kini menghuni kubur?
Berapa...berapa banyak para panglima perang yang kini terdiam di alam baka?
Berapa...berapa banyak ahli dunia terbujur di liang lahat?
Dan berapa banyak mereka yang zuhud kini membisu ditelan tanah?

Semuanya tenggelam dalam takdir kematian, tanpa dapat lagi keluar darinya....

December 21, 2009

Debu-debu dosa



Kearah mana halanya
bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Siksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya dengan dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat ilahi
Kerna dikau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia yang menanti
Di akhirat yang abadi