February 18, 2009

Syarat-syarat menuntut Ilmu-Imam Syafie

Imam Syafie menggariskan 6 syarat untuk seseorang berupaya mencapai ilmu iaitu:

1) Kebijaksanaan
2) Minat yang mendalam
3) Bersungguh-sungguh
4) Berkemampuan dari segi harta dan wang ringgit
5) Bergaul dengan ilmuan (para guru, ustaz dsbnya)
6) Masa yang bersesuaian.

jadi marilah renung2kan diri kita...kerana menuntut ilmu itu bukan pilihan tetapi tuntutan untuk setiap yang diberi akal fikiran..."tolabul 'ilmu faridhotun 'ala kulli muslimin wa muslimaat"


Wallahu'alam

February 15, 2009

Membudayakan majlis ilmu
















ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti...
supaya kita terus menghayati, menghargai dan mewarisinya....

Rahsia Taubat & Istighfar


Penulis: Dr.Soleh bin Ghonim As-Sadlani
Penterjemah: Muhammad bin Haji Abdul Latif

Kata Pengantar: Sesungguhnya apabila seorang muslim itu tergelincir ke lembah dosa dan merasakan bahawa ia jauh dari Tuhannya lalu ia berusaha mengembalikan dirinya ke jalan yang benar dan membersihkan dirinya dari segala titik-titik noda dosa yang dilakukannya. Sesungguhnya penyucian yang mengembalikan kebersihan dirinya dan mencahayakan kembali hatinya ialah dengan meletakkan dirinya di bawah tirai keampunan dan keredhaan Tuhannya dengan bertaubat kepadaNYA. Kerana cahaya yang menerangi seorang muslim itu akan memelihara dirinya dari tertipu ialah cahaya hidayah Allah SWT yang melindungi dirinya dari segala perasaan putus asa dan putus harapan dari rahmat Allah SWT. Pintu taubat itu sentiasa terbuka pada setiap saat, di mana seseorang itu boleh mengetuknya pada bila-bila masa sahaja yang disukainya untuk memohon keampunan dan membersihkan dirinya. Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesunggguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Ulasan saya:
Taubat dan istighfar bukanlah suatu amalan yang kita lakukan hanya apabila kita telah melakukan dosa secara zahir sahaja. Apatah lagi sesetengah orang merasakan taubat hanya perlu apabila dia melakukan dosa2 besar sahaja. Sedangkan bukanlah seorang manusia itu bebas dari melakukan dosa dan kesalahan.
Sabda nabi SAW yang bermaksud... "Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan..." . Jadi seharusnya taubat dan istighfar seharusnya kita lakukan secara berterusan selagi usia masih ada...selagi nyawa belum di hujung halkum. Kerana jika kita merasakan terjauh dari melakukan dosa sekalipun, apabila kita mengabaikan kebajikan sekalipun maka kita perlu bertaubat. Taubat yang berterusan akan menjauhkan kita dari 'suul khotimah' dan membuatkan kita akan sentiasa berbaik sangka pada Allah SWT. Di dalam buku ini juga ada dikongsikan tanda-tanda kejujuran pada taubat seseorang yang seharusnya kita perolehi apabila melakukan taubat. Dengan istighfar dan taubat juga akan membuka pintu rezeki...insyaAllah.

Wallahu'alam

February 2, 2009

Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal Cinta Meraih Allah


Penulis: Misbah Em Majidy & Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat



Kata Pengantar:
Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang terbungkus kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat malu-malu, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi 'taboo' daripada dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya ahli hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu, menjadikan cinta itu sendiri memerlukan penakrifan dan pemerincian. Buku ini menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para Nabi dan rasul-rasul pilihan.
Cinta itu sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-quran sendiri seperti firmanNYA yang bermaksuh; "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah akan mengasihimu".
Ia pada mulanya boleh bertolak daripada satu pertemuan dua pihak yang mewakili dua diri yang saling berkehendak. Dari dua arah keinginan berasingan yang tumbuh, yang pada asalnya tidak menentu, ia tiba-tiba mengambil tempat setelah berkesempatan menjumpai titik atau titik-titik persamaan yang terilham sebagai persefahaman dan dipercayai boleh serasi untuk cuba dikongsikan. Ada-ada sajalah faktor kebetulan dalam persuaan, yang mentakdirkan perpautan dan persamaan yang ditemui dan diyakini itu - langsung menumbuhkan keserasian antara dua pihak yang dipertemukan. Lapis-lapis ingatan yang bertumpang tindih itu pula membenihkan kasih. Kasih membuahkan rindu. Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula langsung melahirkan keasyikan yang berbayang-bayang dan bermundar-mandir siang ke malam atau dalam sebutan ekstrimnya boleh diistilahkan sebagai 'kegilaan'.
Dalam kata-kata Imam al-Ghazali melalui kitab beliau bertajuk Minhajul 'Abidin pula ada disebutkan bahawa, "tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan DIA. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dengan DIA. ORang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah SQT. Semakin kuat mahabbah anatara Muhib(pencinta) dengan Mahbubnya(yang dicinta), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuh' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi-Robbi".
Ertiyna, cinta itu bukan lagi perasaan perkasihan selapis yang hina antara dua insan yang sarat bermajnun. Jika ia benar sekalipun, wujudnya itu adalah sementara, sementara menantikan kehadiran episod cinta dalam lingkaran berpusing yang perlu dipetik di lapis-lapis langit kerohanian yang lebih tinggi. Pohon sucinya perlu dipanjat justeru menghajatkan sesuatu yang lebih kudus. Ia sebetulnya datang daripada alam tinggi dan bukan selayaknya dicemari. Bagaikan perkakas, cinta sekadar alat untuk melarik dan membina kasih sayang-untuk akhirnya dipapah sampai menuju kepada Kekasih Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mulia.
Bagaikan kapal yang jauh di laut biru, buku ini adalah sebuah pelayaran yang mengasyikkan.
Berkongsi sepotong hadis Rasulullah saw yg bermaksud:
"Ya tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayangMu". -- Hadis riwayat Tarmidzi

wallahu'alam