January 30, 2009

Aisyah Ummul Mukminin


Penulis: Sulaiman An-Nadawi
Tajuk asal : Sirah As-Sayyidah Aisyah Ummil Mu'minin r.a




Kata Pengantar:
Buku ini merupakan karya Sulaiman an-Nadawi, seorang ulama yang terkemuka di Universitas Nadwatul Ulama sekaligus guru dari Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Sejarah mencatat bahawa para sahabat banyak belajar mengenai permasalahan agama dan hukum-hukum fiqih kepada Aisyah kerana pengetahuannya yang sangat mendalam dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang sangat tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan agama, serta Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping itu, ia juga dikenali sebagai orang yang sangat berhati-hati dalam persoalan-persoalan peribadi. Aisyahlah yang mengetahui rahsia-rahsia peribadi Rasulullah saw, dan meriwayatkan banyak hadis yang didengarnya dari beliau.
Di dalam buku ini, Sulaiman An-Nadawi mengulas secara panjang lebar kehidupan Aisyah, kedudukan pentingnya di bidang hadis dan fiqih, pengetahuan agamanya, pandangan-pandangannya dalam persoalan hidup sehari-hari, keistimewaan dan ciri-ciri peribadinya, serta pengetahuan yang mendalam tentang syariat Islam.
Selain itu, buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, rasa cintanya yang tulus dan mendalam kepada sunnah Rasulullah saw., serta hasratnya yang sangat kuat untuk mengikuti dan menerapkan sunnah itu dalam kehidupan umat Islam di setiap bidang, baik peribadi mahupun sosial.

Ulasan saya: Buku ni mmg bagus khususnya untuk para muslimah. Mengenali isteri kecintaan Rasullullah dari sudut yang betul tanpa dipengaruhi oleh propaganda dan salah faham penulis barat yang berkepentingan. Kronologi buku ini bermula kisah Saidatina Aisyah dari zaman beliau kanak2 hingga kepada menjadi ummul mu'minin yang banyak berjuang menyampaikan, memahami dan menghuraikan hadis dan sunnah rasulullah kepada para perawi. Menyentuh juga tentang sifat dan sikap peribadi beliau yang mulia dan sangat mencintai segala yang datang dari Rasulullah. Dari kupasan buku ini, kita dapat melihat perwatakan Saidatina Aisyah yang berperibadi mulia, cekal hati, lemah lembut, tajam fikiran dan bijaksana. Beliau merupakan satu-satunya perawi hadis wanita dan meriwayatkan hingga 2 ribu lebih hadis rasulullah. Setelah membaca buku ini hati terdorong kuat untuk mempunyai sikap dan sifat seperti saidatina Aisyah. Semoga lebih ramai muslimah yang mengidolakan perwatakan seperti beliau.

wallahu'alam

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt,
    wahh..buku yang harus dimilik ni, bukan sekadar untuk simpanan peribadi, panduan untuk membina jati diri, mengisi rohani, membentuk jasmani..

    ReplyDelete