September 30, 2009

Peringatan Untuk Wanita



Saiyidina Ali k.w telah menceritakan, “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW, kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis Ya Rasulullah?”.
Baginda menjawab, “Pada malam aku di israkkan hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan-perempuan yang sedang dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan sebab itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka. Saiyidatina Fatimah bertanya, “apakah yang ayahanda lihat di sana?”.
Rasulullah SAW menjawab, “aku melihat

  1. Perempuan digantung rambutnya, otaknya (kepalanya) menggelegak.

  2. Perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan qithran (timah cair) dicurah kedalam halkumnya (tekaknya).

  3. Perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya, terikat ke ubun-ubun, dihulurkan ular dan kala.

  4. Perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

  5. Perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

  6. Perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

  7. Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya.

  8. Perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluan dan mulutnya dan kelepasannya (punggung) malaikat memukulnya dengan curun daripada api neraka.


Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahandanya, “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”
Rasulullah SAW menjawab, “”Fatimah, ada pun perempuan-perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

Perempuan yang kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang tidak mahu taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa keizinan suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-umpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki lain”.

“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang, tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah (mandi hadas)”.

“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta”.

“Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suami”.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda, “Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya”.

Setelah mendengar berita tersebut Saiyidina Ali dan Saidatina Fatimah turut menangis. Patutlah perempuan yang banyak masuk ke neraka kerana perempuan ini banyak membuat dosa terutama dosa kepada suaminya,
Sabda Rasulullah SAW,
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah perempuan”.
Rasulullah ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “ Perempuan yang mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun, dia masih belum rasa puas hati dan cukup”.
Riwayat bukhari.
Oleh itu hendaklah kita ambil peringatan ini sebagai pendorong untuk bersungguh-sungguh mentaati Allah, Rasul dan suami, bersungguh-sungguh memelihara hukum dan mengamalkan keyakinan, syariat dan akhlak yang mulia. Sesungguhnya pengadilan tetap akan berlaku.
Sabda Rasulullah SAW, “Bakal berdiri orang-orang menghadap kepada Tuhan Rabbul Alamin sehingga tenggelam salah seorang itu dalam peluhnya sampai ke telinganya”.

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment