Penulis: Dr.Soleh bin Ghonim As-Sadlani
Penterjemah: Muhammad bin Haji Abdul Latif
Kata Pengantar: Sesungguhnya apabila seorang muslim itu tergelincir ke lembah dosa dan merasakan bahawa ia jauh dari Tuhannya lalu ia berusaha mengembalikan dirinya ke jalan yang benar dan membersihkan dirinya dari segala titik-titik noda dosa yang dilakukannya. Sesungguhnya penyucian yang mengembalikan kebersihan dirinya dan mencahayakan kembali hatinya ialah dengan meletakkan dirinya di bawah tirai keampunan dan keredhaan Tuhannya dengan bertaubat kepadaNYA. Kerana cahaya yang menerangi seorang muslim itu akan memelihara dirinya dari tertipu ialah cahaya hidayah Allah SWT yang melindungi dirinya dari segala perasaan putus asa dan putus harapan dari rahmat Allah SWT. Pintu taubat itu sentiasa terbuka pada setiap saat, di mana seseorang itu boleh mengetuknya pada bila-bila masa sahaja yang disukainya untuk memohon keampunan dan membersihkan dirinya. Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesunggguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Ulasan saya:
Taubat dan istighfar bukanlah suatu amalan yang kita lakukan hanya apabila kita telah melakukan dosa secara zahir sahaja. Apatah lagi sesetengah orang merasakan taubat hanya perlu apabila dia melakukan dosa2 besar sahaja. Sedangkan bukanlah seorang manusia itu bebas dari melakukan dosa dan kesalahan.
Sabda nabi SAW yang bermaksud... "Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan..." . Jadi seharusnya taubat dan istighfar seharusnya kita lakukan secara berterusan selagi usia masih ada...selagi nyawa belum di hujung halkum. Kerana jika kita merasakan terjauh dari melakukan dosa sekalipun, apabila kita mengabaikan kebajikan sekalipun maka kita perlu bertaubat. Taubat yang berterusan akan menjauhkan kita dari 'suul khotimah' dan membuatkan kita akan sentiasa berbaik sangka pada Allah SWT. Di dalam buku ini juga ada dikongsikan tanda-tanda kejujuran pada taubat seseorang yang seharusnya kita perolehi apabila melakukan taubat. Dengan istighfar dan taubat juga akan membuka pintu rezeki...insyaAllah.
Wallahu'alam

Assalamualaikum wbt kak ijan comei,
ReplyDeleteAlhamdulillah dengan izin Allah jua yang memberi upaya untuk bersama berkongsi ilmu dariNya. Entry dengan ulasan yang tepat, terima kasih kerna ingat-mengingat.Teringat kokmi 2 kisah menceritakan pentingnya kita bertaubat. Kisah pertama, ketika mana Rasulullah saw yang dikasihi dibawa oleh Jibrail untuk melihat isi neraka dalam peristiwa isra' mikraj, maka Baginda melihat terlalu ramai golongan wanita menghuni neraka. Maka ingatilah peristiwa ini, agar kita khususnya kaum wanita memperbanyakkan istighfar. Peristiwa kedua, suatu ketika di bulan ramadhan, saidatina Aisyah ra. bertanyakan Rasulullah saw, sekiranya bertemu dengan malam lailatulqadar, apakah yang harus dia lakukan.Baginda saw menjawab dengan berkata
"mohonlah keampunan daripada Allah swt". Sekali lagi kokmi mengingatkan diri kokmi sendiri & rakan-rakan yang lain, daripada kedua-dua peristiwa tersebut, bersama-samalah kita membudayakan taubat & istighfar dalam kehidupan seharian kita.
Wallahu'alam
p/s: kalau jom heboh dah macam dibudayakan, inikan pulak....kan..kan..tepuk dada tanya iman.