December 21, 2009

Debu-debu dosa



Kearah mana halanya
bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Siksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya dengan dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat ilahi
Kerna dikau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia yang menanti
Di akhirat yang abadi

September 30, 2009

Peringatan Untuk Wanita



Saiyidina Ali k.w telah menceritakan, “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW, kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis Ya Rasulullah?”.
Baginda menjawab, “Pada malam aku di israkkan hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan-perempuan yang sedang dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan sebab itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka. Saiyidatina Fatimah bertanya, “apakah yang ayahanda lihat di sana?”.
Rasulullah SAW menjawab, “aku melihat

  1. Perempuan digantung rambutnya, otaknya (kepalanya) menggelegak.

  2. Perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan qithran (timah cair) dicurah kedalam halkumnya (tekaknya).

  3. Perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya, terikat ke ubun-ubun, dihulurkan ular dan kala.

  4. Perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

  5. Perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

  6. Perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

  7. Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya.

  8. Perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluan dan mulutnya dan kelepasannya (punggung) malaikat memukulnya dengan curun daripada api neraka.


Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahandanya, “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”
Rasulullah SAW menjawab, “”Fatimah, ada pun perempuan-perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

Perempuan yang kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang tidak mahu taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa keizinan suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-umpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki lain”.

“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang, tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah (mandi hadas)”.

“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta”.

“Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suami”.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda, “Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya”.

Setelah mendengar berita tersebut Saiyidina Ali dan Saidatina Fatimah turut menangis. Patutlah perempuan yang banyak masuk ke neraka kerana perempuan ini banyak membuat dosa terutama dosa kepada suaminya,
Sabda Rasulullah SAW,
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah perempuan”.
Rasulullah ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “ Perempuan yang mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun, dia masih belum rasa puas hati dan cukup”.
Riwayat bukhari.
Oleh itu hendaklah kita ambil peringatan ini sebagai pendorong untuk bersungguh-sungguh mentaati Allah, Rasul dan suami, bersungguh-sungguh memelihara hukum dan mengamalkan keyakinan, syariat dan akhlak yang mulia. Sesungguhnya pengadilan tetap akan berlaku.
Sabda Rasulullah SAW, “Bakal berdiri orang-orang menghadap kepada Tuhan Rabbul Alamin sehingga tenggelam salah seorang itu dalam peluhnya sampai ke telinganya”.

Wallahu’alam

Siapa Aku.....?


Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada?
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku?

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku?

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku?

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku?

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku?

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

September 28, 2009

Berlalunya Ramadhan...

hadirnya dinanti...tibanya dihayati...perginya dirindui...sempatkah bertemu Ramadhan akan dtg...

Ya Allah, semoga kami tidak tergolong di kalangan umat yg celaka kerana Ramadannya yang sia-sia..

Bersabda Rasulullah SAW: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”.

Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup. (HR. Muslim)

wallahu'alam

May 20, 2009

Aku sekadar menulis


(entry ni adalah respon sy drp emel seorang shbt ttg KPI Muslim)

....
Sedar x sedar masa kita byk dihabiskan dgn urusan kerja di pejabat. Kita cuba sedaya mungkin utk memenuhi tuntutan kerja bagi memastikan prestasi kerja kita pada tahap yg terbaik atau sekurang2nya not bad. Kita bimbang jika tugas kita tdk dpt disempurnakan mengikut deadline apatah lagi yg melibatkan pihak2 lain. Tujuan adalah utk menjaga nama baik kita dan organisasi dan seterusnya dpt membina hubungan baik dgn pihak2 yg memberi keuntungan pd organisasi. Kita harap kepada bonus dan kenaikan gaji yg tinggi…jd itu semua adalah bertitik tolak dr KPI yg dicipta sendiri oleh kewajaran akal fikiran kita sbg manusia. Setiap masa kita berazam utk meningkatkn mutu kerja supaya kita akan mendapat imbuhan yg lebih baik. Kita mengintai peluang di tempat lain pun kerana inginkan pendapatan yg lebih tinggi dan terjamin. Kadang2 kita menjadi gusar dan lemah semangat kerana tidak dinilai dgn baik oleh bos berdasarkan borang penilaian buatan manusia yg hakikatnya sentiasa mempunyai kelemahan kerana mmg itu sifat kita sbg hamba….tidak mungkin dpt mencapai kesempurnaan kerana Sempurna itu hanya milik Allah. Tp x mengapalah, kerana kita diberi akal pun mmg utk berfikir.
Namun, agak malang bg diri kita, jika utk dinilai oleh pihak pengurusan kita berhabisan masa di pejabat dan kadang2 smpai ke rumah…tp kita lupa yg Allah telah lama memerhatikan dan menilai kita pada setiap saat. Tidak gusarkah kita dgn pandangan Allah...sukakah DIA atau murkakah DIA pada setiap apa yang kita lakukan.

Pernahkah kita terfikir utk mempertingatkan prestasi ibadah dan hubungan kita kepadaNYA?

Adakah kita telah amat berpuashati dgn ibadah dan tuntutan yg sekadarnya kita lakukan utk DIA?

Adakah kerana kita ketua di organisasi, atau kerana kita berjawatan tinggi kita boleh melepaskan diri?

Adakah cukup alasan kita ada utk mengecualikan diri dari penilaian dan hukuman Allah?

Tidakkah kita terfikir untuk mendapat tempat istimewa di sisi Allah seperti kekasih-kekasihNYA yang terpilih?

Memadai sajakah kita bersolat 5 waktu tanpa ada waktu lain utk berzikir dan mengadu padaNYA.

Mungkin kita tidak hairan dgn KPI Allah kerana kita tak pernah hairan dgn imbuhan yg diperolehi. Ibadah sedang2 pun kita tetap hidup senang, x patuh perintah dan larangan Allah pun kita bahagia, x kisah pasal urusan agama pun kita mampu hidup harmoni, maka kita mengabaikan shj penilaian tersebut…kerana hubungan istimewa dgn Allah tidak nampak di mata sesiapa...dan tidak ada 'benefit' segera utk kita (kalau ada pun kita x perasan pun)...sedangkan KPI organisasi kita akan dpt hasilnya pada setiap tahun….

Marilah kita sama2 renungkan…bykkn muhasabah dan mengadu padaNya…masih belum terlambat utk memperbaiki diri…jgn smpai nyawa dh di hujung halkum baru kita menyesal kerana telah lama kita terlalai.

Sabda Nabi SAW:
Daripada Anas bin Malik r.a: Rasulullah saw bersabda; “Tidak akan menjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jama dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba2 masa sudah terlalu larut sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi tidak faham apa yang disibukkn. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada apa perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dgn singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Ini adalah petanda hampirnya qiamat.

Wallahu’alam bissawab

May 13, 2009

Novel Sejarah Islam

Ini merupakan koleksi novel pahlawan2 islam.

Penerbit: PTS
Pengarang: Abdul Latip Talib
Tajuk2 yg telah diterbitkan:
1) Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem
2) Tariq - Menang Ataupun syahid
3) Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopal
4) Khalid - Memburu Syahid

Buku-buku ni sangat menarik n bagus....ianya membuatkan kita rasa berkongsi pengalaman dan semangat yg dibawa oleh pemimpin2 perang tersebut. Terasa begitu mengkagumi mereka dan betapa menghargai keperwiraan dan semangat jihad tentera2 Islam pada masa lampau. Ketika membacanya rasa rindu pada semangat dan jiwa sebegitu yg tidak lagi kita temui pada masa ini.
Jika diberi peluang ingin sekali berada bersama barisan mujahidin yg cintakan syahid spt pahlawan2 itu. Mungkin ini juga yang dirasai oleh pejuang2 palestin...dan sememangnya mereka terpilih. Membaca buku2 ini membuatkan diri terasa amat kerdil kerana jauh dr roh jihad itu.
Semoga Allah memberi peluang pada kita utk mati dlm jihad...istiqomah

wallahu'alam

February 18, 2009

Syarat-syarat menuntut Ilmu-Imam Syafie

Imam Syafie menggariskan 6 syarat untuk seseorang berupaya mencapai ilmu iaitu:

1) Kebijaksanaan
2) Minat yang mendalam
3) Bersungguh-sungguh
4) Berkemampuan dari segi harta dan wang ringgit
5) Bergaul dengan ilmuan (para guru, ustaz dsbnya)
6) Masa yang bersesuaian.

jadi marilah renung2kan diri kita...kerana menuntut ilmu itu bukan pilihan tetapi tuntutan untuk setiap yang diberi akal fikiran..."tolabul 'ilmu faridhotun 'ala kulli muslimin wa muslimaat"


Wallahu'alam

February 15, 2009

Membudayakan majlis ilmu
















ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti...
supaya kita terus menghayati, menghargai dan mewarisinya....

Rahsia Taubat & Istighfar


Penulis: Dr.Soleh bin Ghonim As-Sadlani
Penterjemah: Muhammad bin Haji Abdul Latif

Kata Pengantar: Sesungguhnya apabila seorang muslim itu tergelincir ke lembah dosa dan merasakan bahawa ia jauh dari Tuhannya lalu ia berusaha mengembalikan dirinya ke jalan yang benar dan membersihkan dirinya dari segala titik-titik noda dosa yang dilakukannya. Sesungguhnya penyucian yang mengembalikan kebersihan dirinya dan mencahayakan kembali hatinya ialah dengan meletakkan dirinya di bawah tirai keampunan dan keredhaan Tuhannya dengan bertaubat kepadaNYA. Kerana cahaya yang menerangi seorang muslim itu akan memelihara dirinya dari tertipu ialah cahaya hidayah Allah SWT yang melindungi dirinya dari segala perasaan putus asa dan putus harapan dari rahmat Allah SWT. Pintu taubat itu sentiasa terbuka pada setiap saat, di mana seseorang itu boleh mengetuknya pada bila-bila masa sahaja yang disukainya untuk memohon keampunan dan membersihkan dirinya. Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesunggguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Ulasan saya:
Taubat dan istighfar bukanlah suatu amalan yang kita lakukan hanya apabila kita telah melakukan dosa secara zahir sahaja. Apatah lagi sesetengah orang merasakan taubat hanya perlu apabila dia melakukan dosa2 besar sahaja. Sedangkan bukanlah seorang manusia itu bebas dari melakukan dosa dan kesalahan.
Sabda nabi SAW yang bermaksud... "Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan..." . Jadi seharusnya taubat dan istighfar seharusnya kita lakukan secara berterusan selagi usia masih ada...selagi nyawa belum di hujung halkum. Kerana jika kita merasakan terjauh dari melakukan dosa sekalipun, apabila kita mengabaikan kebajikan sekalipun maka kita perlu bertaubat. Taubat yang berterusan akan menjauhkan kita dari 'suul khotimah' dan membuatkan kita akan sentiasa berbaik sangka pada Allah SWT. Di dalam buku ini juga ada dikongsikan tanda-tanda kejujuran pada taubat seseorang yang seharusnya kita perolehi apabila melakukan taubat. Dengan istighfar dan taubat juga akan membuka pintu rezeki...insyaAllah.

Wallahu'alam

February 2, 2009

Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal Cinta Meraih Allah


Penulis: Misbah Em Majidy & Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat



Kata Pengantar:
Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang terbungkus kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat malu-malu, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi 'taboo' daripada dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya ahli hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu, menjadikan cinta itu sendiri memerlukan penakrifan dan pemerincian. Buku ini menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para Nabi dan rasul-rasul pilihan.
Cinta itu sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-quran sendiri seperti firmanNYA yang bermaksuh; "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah akan mengasihimu".
Ia pada mulanya boleh bertolak daripada satu pertemuan dua pihak yang mewakili dua diri yang saling berkehendak. Dari dua arah keinginan berasingan yang tumbuh, yang pada asalnya tidak menentu, ia tiba-tiba mengambil tempat setelah berkesempatan menjumpai titik atau titik-titik persamaan yang terilham sebagai persefahaman dan dipercayai boleh serasi untuk cuba dikongsikan. Ada-ada sajalah faktor kebetulan dalam persuaan, yang mentakdirkan perpautan dan persamaan yang ditemui dan diyakini itu - langsung menumbuhkan keserasian antara dua pihak yang dipertemukan. Lapis-lapis ingatan yang bertumpang tindih itu pula membenihkan kasih. Kasih membuahkan rindu. Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula langsung melahirkan keasyikan yang berbayang-bayang dan bermundar-mandir siang ke malam atau dalam sebutan ekstrimnya boleh diistilahkan sebagai 'kegilaan'.
Dalam kata-kata Imam al-Ghazali melalui kitab beliau bertajuk Minhajul 'Abidin pula ada disebutkan bahawa, "tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan DIA. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dengan DIA. ORang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah SQT. Semakin kuat mahabbah anatara Muhib(pencinta) dengan Mahbubnya(yang dicinta), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuh' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi-Robbi".
Ertiyna, cinta itu bukan lagi perasaan perkasihan selapis yang hina antara dua insan yang sarat bermajnun. Jika ia benar sekalipun, wujudnya itu adalah sementara, sementara menantikan kehadiran episod cinta dalam lingkaran berpusing yang perlu dipetik di lapis-lapis langit kerohanian yang lebih tinggi. Pohon sucinya perlu dipanjat justeru menghajatkan sesuatu yang lebih kudus. Ia sebetulnya datang daripada alam tinggi dan bukan selayaknya dicemari. Bagaikan perkakas, cinta sekadar alat untuk melarik dan membina kasih sayang-untuk akhirnya dipapah sampai menuju kepada Kekasih Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mulia.
Bagaikan kapal yang jauh di laut biru, buku ini adalah sebuah pelayaran yang mengasyikkan.
Berkongsi sepotong hadis Rasulullah saw yg bermaksud:
"Ya tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayangMu". -- Hadis riwayat Tarmidzi

wallahu'alam

January 31, 2009

Mengapa Harus Berserah -"Panduan Menyenangi Setiap Kenyataan"


Penulis: Ibn Athaillah Al-Sakandari

Judul Asal: Al-Tanwir fi Islah Al-Tadbir





Kata Pengantar:
Buku ini menawarkan cara tepat untuk memandang hidup. Kerananya, buku ini seperti kacamata yang dengannya matahati kita yang rabun dapat melihat lebih sempurna. Dengan penglihatan yang sempurna, tentulah hidup ini menjadi semakin jelas. Dan dengan jelasnya hidup, tentunya perjalanan kita menempuhnya menjadi lebih lurus dan lancar. Syeikh Ibn Athaillah mengajak pembaca untuk menghayati posisi kita selaku hamba Allah. Kita ini hamba dan Allah sebagai majikan. Sebagai hambaNYA kita dituntut untuk memusatkan perhatian pada upaya mengabdi kepadaNYA. Amatlah tidak sopan bila kita hanya mengerahkan segenap daya untuk memerhatikan dan memuaskan diri sendiri. Kerana itulah Ibn Athaillah mengingatkan kita akan betapa pentingnya isqath al-tadbir iaitu mengistirahatkan diri dari turut mengatur dan menginginkan sesuatu untuk keperluan hidup yang kita lakoni. Dalam pandangan Ibn Athaillah, pengabdian kita kepada Allah seharusnya tidak hanya ditunaikan dengan menjalankan kewajipan, iaitu segala yang diperintahkan Allah, namun pula dengan menjalani ketetapan, iaitu segala yang ditentukan Allah. Kematangan iman hanya dapat dirasakan bile kedua hal ini secara sempurna dilaksanakan. Dengan demikian, sebenarnya ada dua hukum yang patut dipatuhi oleh orang beriman, iaitu hukum taklif yang sudah lazim kita kenal sebagai berbagai perintah dan larangan Allah yang mesti dijalankan selama hidup, dan hukum takdir yang mencakup ketentuan dan keputusan Allah yang mesti dijalani dalam hidup. Keperluan atau keinginan hidup makhluk sebetulnya adalah sesuatu yang sudah dan terus dijamin oleh Allah. Dengan ilmuNYA, Allah sudah mengatur diri kita bahkan sebelum kita ada. Setelah kita lahir, Allah terus mengatur urusan kita. Akan tetapi, setelah berakal kebanyakan manusia seolah lupa bahawa selama ini urusan hidupnya ada dalam pengaturan Allah. Pada pendapat Ibn Athaillah, ini hal yang tidak betul, ia hanya sebentuk ketidaksyukuran atas nikmat akal. Allah tidak henti mengurus kita sekalipun kita sudah berakal. KetentuanNYA terus berlaku. Yang lebih penting untuk kita perhatikan adalah apa yang dituntut dari kita. Dalam Al-Hikam (Serambi, 2004), Syeikh Ibn Athaillah mengatakan, ”Kesungguhan mengejar apa yang sudah dijamin untukmu dan kelalaian melaksanakan apa yang dituntut darimu, adalah bukti dari rabunnya mata batinmu”. Kerana itu, rehatkanlah dirimu dari mengatur urusanmu, kerana segala yang telah diurus oleh selainmu (iaitu Allah), tak perlu engkau turut mengurusnya. Dalam hidup kita, acapkali kita menemukan bahawa apa yang menurut kita baik ternyata boleh membawa keburukan, dan sebalikny, apa yang kita sangka buruk ternyata mendatangkan kebaikan. Boleh jadi ada keuntungan di sebalik kesulitan, dan ada kesulitan di sebalik keuntungan. Mana yang berguna dan mana yang berbahaya pada akhirnya adalah sesuatu yang di luar pengetahuan kita.Dari segi cara hidup, orang yang berserah ataupun orang yang tidak berserah hampir tiada bezanya. Yang membezakan mereka ialah cara mereka memandang, merasa dan menyikapi hidup. Dalam hal ini, ajaran isqath al-tadbir sebetulnya adalah juga ajaran mengenai kecerdasan emosional-spiritual. Sebab pada praktiknya, isqath al-tadbir akan setidaknya membuahkan beberapa beberapa sikap hati berikut ini: Pertama, ketidakrisauan akan keperluan-keperluan penghidupan.Sikap ini penting agar hidup tidak dipenuhi perasaan cemas,khuatir, gundah, dan gelisah yang menempatkan hidup kita selalu dalam tekanan. Bukan hanya itu, ketenangan itu sendiri juga penting demi kejayaan kita meraih keperluan penghidupan. Kedua, ketidakbergantungan pada amal atau usaha. Kebergantungan pada perbuatan atau daya upaya kerap kali diikuti rasa putus asa dan kecewa pada ketika bertemu kegagalan. Dengan bergantung kepada Allah, kita dapat menghindari dari rasa putus asa dan kecewa. Bersandar kepadaNYA akan membuat kita selalu bangkit dan selamat dari perasaan rendah diri. Ketiga, keredhaan pada kenyataan. Dengan redha pada kenyataan, segetir apa pun ia, kita akan selalu bersedia menghadapinya dan bertindakbalas secara wajar dan berguna. Keempat, keberharapan dan optimisme hidup. Dengan bersandar kepada Allah, dan percaya bahawa Dia selalu memberikan yang terbaik, kita sepatutnya menggandakan rasa optimis kita supaya terlepas dari betapa buruk hal-hal yang menimpa kita di mata orang. Dengan tak pernah lalai bahawa Allah Mana Penolong dan Maha Berkuasa, dengan tak pernah kehilangan rasa ingin kepadaNYA, kita akan menjadi bebas dari penjara keterbatasan dan merasa lapang sekalipun diselubungi oleh berbagai ketidakmungkinan dan akan merasa menjadi pemenang dalam hidup selamanya.
Ulasan saya:
Buku ini mengajak kita untuk tidak sibuk mengatur urusan kehidupan yang telah ditentukan Allah. Kita tidak sepatutnya bimbang dan ragu pada sesuatu yang telah menjadi janji Allah kepada hamba-hambaNYA. Sebaliknya kita perlu bimbang dan berusaha untuk menentukan nasib kita di 'sana' dengan mempersiapkan diri dengan amal ibadah dan ketakwaan kepadaNYA melebihi dari urusan dunia yang lain. Alangkah ruginya kita jika Allah 'berlepas tangan' mengatur kehidupan apabila kita 'masuk campur' mengatur bersamanya. Buku ini perlu dibaca oleh mereka yang berusaha untuk mencari redha Allah dengan berserah diri kepadaNYA sentiasa. InsyaAllah kita akan bertambah yakin dan berlapang dada dengan ketentuan Allah melebihi dari segala-galanya yang ada di dunia ini. "Dunia ini bukan tempatku"...
Wallahu'alam

January 30, 2009

Aisyah Ummul Mukminin


Penulis: Sulaiman An-Nadawi
Tajuk asal : Sirah As-Sayyidah Aisyah Ummil Mu'minin r.a




Kata Pengantar:
Buku ini merupakan karya Sulaiman an-Nadawi, seorang ulama yang terkemuka di Universitas Nadwatul Ulama sekaligus guru dari Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Sejarah mencatat bahawa para sahabat banyak belajar mengenai permasalahan agama dan hukum-hukum fiqih kepada Aisyah kerana pengetahuannya yang sangat mendalam dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang sangat tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan agama, serta Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping itu, ia juga dikenali sebagai orang yang sangat berhati-hati dalam persoalan-persoalan peribadi. Aisyahlah yang mengetahui rahsia-rahsia peribadi Rasulullah saw, dan meriwayatkan banyak hadis yang didengarnya dari beliau.
Di dalam buku ini, Sulaiman An-Nadawi mengulas secara panjang lebar kehidupan Aisyah, kedudukan pentingnya di bidang hadis dan fiqih, pengetahuan agamanya, pandangan-pandangannya dalam persoalan hidup sehari-hari, keistimewaan dan ciri-ciri peribadinya, serta pengetahuan yang mendalam tentang syariat Islam.
Selain itu, buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, rasa cintanya yang tulus dan mendalam kepada sunnah Rasulullah saw., serta hasratnya yang sangat kuat untuk mengikuti dan menerapkan sunnah itu dalam kehidupan umat Islam di setiap bidang, baik peribadi mahupun sosial.

Ulasan saya: Buku ni mmg bagus khususnya untuk para muslimah. Mengenali isteri kecintaan Rasullullah dari sudut yang betul tanpa dipengaruhi oleh propaganda dan salah faham penulis barat yang berkepentingan. Kronologi buku ini bermula kisah Saidatina Aisyah dari zaman beliau kanak2 hingga kepada menjadi ummul mu'minin yang banyak berjuang menyampaikan, memahami dan menghuraikan hadis dan sunnah rasulullah kepada para perawi. Menyentuh juga tentang sifat dan sikap peribadi beliau yang mulia dan sangat mencintai segala yang datang dari Rasulullah. Dari kupasan buku ini, kita dapat melihat perwatakan Saidatina Aisyah yang berperibadi mulia, cekal hati, lemah lembut, tajam fikiran dan bijaksana. Beliau merupakan satu-satunya perawi hadis wanita dan meriwayatkan hingga 2 ribu lebih hadis rasulullah. Setelah membaca buku ini hati terdorong kuat untuk mempunyai sikap dan sifat seperti saidatina Aisyah. Semoga lebih ramai muslimah yang mengidolakan perwatakan seperti beliau.

wallahu'alam